PERSATUAN PENGAKAP KUMPULAN 10

sukatan pelajaran













Home | Galeri | Lagu Pengakap | sukatan pelajaran





PENGAKAP REMAJA

Unit Pengakap Remaja Adalah Bahagian Yang Ketiga Dalam Siri Latihan Berpengakap, Iaitu Pertama Pengakap Kanak-Kanak Dan Kedua Pengakap Muda. Bahagian Ini ialah Bagi Budak-Budak Yang Berumur 15 Tahun Hingga 18 tahun.

Tujuan Bahagian Ini Ialah Bagi Membolehkan Pengakap Meneruskan Latihan Hingga Tamat Bagi Peringkat Latihan Sesuai Dengan Pertumbuhan jasmani Dan Rohaninya Setelah Selesai Menempuhi Latihan Pengakap Muda. Peringkat Ini Tidak Kurang Pentingnya Bagi Melengkapkan Pengakap Untuk Menghadapi Hari Mukanya Agar Ia Dapat Memainkan Peranannya yang cergas Dan Positif Dalam Masyarakat

Bagi Pengakap Muda Yang Sudah Sampai Umurnya 15 Tahun Mestilah Menjadi Pengakap Remaja, Jika Sekiranya Belum Lulus Lencana Jaya , Ia Boleh Meneruskan Latihan Hingga Tercapai Lencana Ini

Seorang Pengakap Yang Belum Pernah Menjadi Pengakap Dan Berumur 15 Tahun Boleh Menjadi Pengakap Remaja Sebagai Ahli Baru :

(a) Setelah Mendapat Lencana Keahlian Pengakap (Lihat Skim Latihan Pengakap Muda) Dan Terus
(b) Menjalani Latihan Bagi Mendapatkan Lencana Usaha, Lencana Maju, Lencana Jaya Mengikut Skim Latihan Pengakap Dalam Masa Yang SIngkat Tetapi Berpatutan Sebelum Memulakan Kerja Bagi Lencana Tertinggi

Peraturan Pembentukkan Unit Dan Patrol Pengakap Remaja Adalah Sama Seperti Bagi Pengakap Muda (Lihat Skim Latihan Pengakap Muda)
















lenjayadiri.gif

Cara Untuk Mendapatkan Lencana JayaDiri

Mengetahui Fungsi-Fungsi Parlimen

1. Melukis Dan Menerangkan Rupabentuk Bendera Semua Negeri Dalam Malaysia, Dan Mengetahui Lambang Malaysia Dan lambang Negeri Masing-Masing

2. Menerangkan Fungsi Satu Daripada Agensi Kerajaan Atau Badan Berkanun Seperti Uda, Mardi, Mara.Felda,Petronas Dan Lain-Lain

3. Melukis Peta Negeri Masing-Masing Dan Menunjukkan Kawasan Parlimen Serta Nama Ahli PArlimen Yang Berkenaan

4. Mempunyai Buku Log Yang Kemas Kini
















lenkemahiran.gif

Cara Untuk Mendapatkan Lencana Kemahiran

1. Telah Mencapai Darjah Yang tertinggi Dalam Ilmu Latihan Asas Perbarisan Sebagaimana Yang Di Kehendaki Dalam Lencana Usaha, Maju Dan Jaya, Kawad Tongkat Serta Cara Membawa Bendera Dan telah Melatih Dengan Jayanya Satu unit Pengakap Dalam ilmu Tersebut

2. Mengetahui cara Mengikat Dan Kegunaan Simpulan Dan Ikatan Yang Berikut
 

(a) Simpul Tapak Kucing 

(Catspaw)

(b) Simpul Raga

(Carrick Bend)

(c) Simpul Serban

(Turk's Head)

(d) Simpul Buaian

(Scaffold Hitch)

(e) Lilit Berkas Tingkat

(Racking Bend)

(f) Genggam Monyet

(Mongkey Fist)

(g) Sambat Pendek

(Short Splice)

(h) Ikat Jepun

(Japanese Lashing)

(i) Ikat Filipina

(Filipino Lashing)

(j) Takal Tali

(Rope Tackle / Harvester's Hitch)

3. Mengetahui Cara Membuat Dan Menggunakan Sistem Takal Dan Pacang Dogang (Anchorage) Iaitu :-
 

(a) 3-2-1
(b) 'Log & Picket'
(c)'Dead-Man'
 

4. Membina Satu Projek Perintis (Pioneering Project) Secara Berpatrol Seperti Menara, Jambatan Atau 'Aerial Runway' Tidak Kurang Daripada 5 Meter Tinggi / Panjang

5. Melanjutkan Pengetahuan Dalam Pemetaan Dengan Mengetahui Mengenai Asas 'Orienteering' Dan cara Membuat 'Cross-Bearing' Bagi Mencari Kedudukan Di Atas Peta Dengan Menggunakan kompa

6. Memahirkan Diri Dalam Ilmu Tahan Lasak Hidup Dengan Membuat 'Bivouac' Dan Bermalam Di Dalamnya, Membuat Perangkap Yang Mudah Serta Membuat Masakan Rimba (Backwoods) Seperti Nasi, Ikan / Daging Dan Telur

7. Mengenali Tapak 5 Jenis haiwan Dan Membuat 2 Jenis 'Plaster Cast'

8. Mengetahui cara Membuat Pengganggaran (Estimation) Tinggi Dan Lebar

9. Membuat Satu Model Perintis

10. Lakukan Perkara Yang Berikut
 

(a) Berenang 50 Meter Berpakaian Pengakap Lengkap
(b) Melemparkan Seutas Tali Yang Panjangnya 20 Meter Sejauh 12 Meter Supaya Jatuh Ke Kawasan Antara 2 Pacang Yang Jaraknya 2 Meter Dengan Mendapat 2 Kejayaan Daripada 3 kali Lemparan.

ATAU

Mengetahui cara Absaei / Rappel, Alatan Untuk 'Abseil', Langkah Keselamatan, Sistem Belay, Cara 'Abseil' Dan Melakukan 'Abseil' Sejauh 8 Meter

ATAU

Mengetahui Cara Membina Dan Langkah Keselamatan Berkenaan Serta Melakukan 12 Daripadanya :-
 

- Melalui Titi Goyang

- Merangkak Bawah Jaring

- Melalui Titi komando

- Melalui Terowong

- Melalui Titi Pacak

- Memanjat Tali

- Bergayut Tali

- Memanjat pokok

- Bergayut Monyet

- Memanjat Tangga

- Merangkak "Deadman's Crawl"

- Memanjat Tembok

- Menyusup Halangan Tayar

- Memanjat Batang pokok

Menggunakkan Tindih Kasih Gelung Atau Simpul Kerusi Untuk Menurunkan Orang Yang Cedera Dari Tempat Tinggi - 5 Meter (Pokok Atay Bangunan Atau Gaung Curam)

 

 

 

 

 

 

 

 

ORGANISASI PASUKAN PENGAKAP KUMPULAN 10

                                   SESI 2007

 

 

Pengerusi : Wan Mohd Khairul Amin

 

Naib Pengerusi : Nik Nur Nusaibah

 

Bendahari : Farah Diana

 

Pen. Bendahari : Siti Rosmalaily

 

Quarter Master : Mohamad Rusdi

 

                           Mohd Sallehuddin

 

Ketua Troop Remaja : Nik Mohd Zaim

 

Ketua Troop Muda : Nor Hafiza